Sepatah dua kata mengenai
Aktiviti Kami
Aktiviti kami
Madrasah Tahfiz Raudhatul Baiduri memfokuskan sistem pembelajaran berasaskan tahfiz sepenuh masa.
- Pendidikan Tahfiz
- Penanaman dan Penternakan
- Pengajian Kitab
Pendidikan Tahfiz
Menfokuskan sistem tahfiz al-quran. Sistem ini termasuk dengan mempelajari dan menghafal al-quran serta mempelajari jawi dan asas bahasa arab. Pelajar juga diberi pelajaran asas akedamik supaya tidak ketinggalan dalam pengajian asas.
pengajian kitab
Pelajaran kitab-kitab dilakukan pada hujung minggu yang memfokuskan 3 tunjang ilmu, (tauhid, tasawwuf, dan fiqh). Ilmu ini diajar bagi memenuhi keperluan kita sebagai umat islam yang dituntut untuk mempelajari ilmu agama. (Amal tanpa ilmu tidak ada gunanya, ilmu tanpa amal ada perbuatan sia-sia.)
Penanaman dan penternakan
Dengan kerjasama pihak Peladang, MTRB berjaya menanam buah Rockmelon. Hasil jualan tanaman telah digunakan untuk menampung sedikit sebanyak keperluan harian MTRB. Penternakan ikan air tawar dilakukan dan hasilnya kebiasanya untuk dijadikan makanan untuk penghuni tahfiz. Semua aktiviti ini, dijadikan oleh pihak MTRB sebagai aktiviti kokurikulum untuk pelajar MTRB dan sekaligus melebarkan pengetahuan tentang aktiviti pertanian dan penternakkan.
Kerja amal
Kerja amal seperti gotong royong, aktiviti korban, dan mengedar barangan dilakukan bertujuan untuk berkongsi rezeki dan menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat, terutamanya, masyarakat setempat.