Mari bersedekah
Acara
MEMBINA DAN PENAMBAHAN BANGUNAN MADRASAH TAHFIZ RAUDHATUL BAIDURI
Seiring berjalannya waktu, pihak MTRB telah menerima beberapa permohonan ataupun pertanyan berkenaan kemasukkan pelajar perempuan. Untuk pengetahuan umum, MTRB telah ditubuhkan untuk membantu golongan kurang berkemampuan terutamanya anak-anak yatim miskin khususnya berjantina lelaki. Hal ini adalah kerana, MTRB tidak mempunyai bangunan ataupun fasiliti yang khusus yang mampu menempatkan pelajar perempuan. Pihak MTRB telah melakukan mesyuarat dan dengan sepakat kata ingin menambah dan membina komplek bangunan baru untuk kegunaan pelajar perempuan.
Pembinaan dan pertambahan bangunan Madrasah Tahfiz Raudhatul Baiduri ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif yang telah digariskan seperti berikut:-
- Menambah bangunan untuk kegunaan pengambilan pelajar perempuan.
- Membantu golonagan anak-anak yatim/piatu, ,miskin, terbiar, mualaf, dan mereka yang kurang bernasib baik
- Membantu pelajar dalam melahirkan generasi yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Cadangan projek pembinaan ini melibatkan pembinaan dan penambahan bangunan yang sedia ada seperti berikut:
- Membina sebuah bangunan baru dengan peruntukan sebanyak RM 1,230,000 (rujuk lampiran : Anggaran Kos)
- Cadangan pembinaan bangunan baru terdapat 3 bahangian penting:
- Asrama (perempuan)
- 4 buah bilik tidur,
- 1 ruang bilik mandi/tandas
- 1 ruang makan.
- Pembelajaran (perempuan)
- 3 bilik kelas
- 2 buah rumah staff.
- Asrama (perempuan)
Lampiran
SETIAP SUMBANGAN ANDA, BOLEH MINTA RESIT RASMI DARIPADA PIHAK KAMI. (Sila Tulis 'Nak Resit' Diruangan Remark Semasa Melakukan Pembayaran)
Melakukan amal kebajikan, infaq atau sedekah adalah cara Allah (SWT) mendidik hati manusia supaya disucikan daripada perasaan tamak dan sombong . Bersedekah adalah amalan akan memberi perlindungan dan rahmat ketika kita menghadap Allah di akhirat sana.
AYUH TUAN PUAN. JOM MENYUMBANG Demi menyiapkan pusat tahfiz. Di sini akan lahirnya pelapis pimpinan negara buat masa depan
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :
MADRASAH TAHFIZ RAUDHATUL BAIDURI
No. Akaun CIMB Bank : 8603007683
TABUNG PEMBANGUNAN KOMPLEK KEBAJIKAN RAUDHATUL BAIDURI SELANGOR
No. Akaun CIMB Bank : 8600793675
(Resit Pengecualian Cukai boleh dikeluarkan atas permintaan)
PERTUBUHAN KEBAJIKAN RAUDHATUL BAIDURI SELANGOR
No. Akaun CIMB Bank : 8600792478
Firman Allah SWT maksudnya : “Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) Lagi Maha Mengetahui”
– Surah Al Baqarah : 261